syukur Alhamdulillah dah separuh bulan kita puasa kan. bagi aku semuanya berjalan lancar. ini merupakan anugerah Allah yg tidak ternilai sebab x semua orang dapat merasa nikmat ramadhan kan. so jom kita sama2 tingkatkan ibadah kepada Allah dengan penuh ketakwaan dan kesyukuran. dan x lama lagi aidilfitri plak yang nak bertemu kita semoga Allah menemukan kita dengan aidilfitri dalam keadaan sihat dan suci dari dosa. amin. bagaimanapun kita masih perlu menempuhi ramadhan yang mulia ini dengan penuh kesabaran dan keimanan. susah utk kita bertemu dgn ramadhan yang mana bulan ini merupakan bulan yang mulia. mungkin ada antara kita yang tidak akan bertemu dengan ramadhan yang akan datang nauzubillah. mari kita berdoa agar kita diberi peluang lagi utk bertemu ramadhan yang akan datang. dan aku pelik mengapa ada segelintir daripada kita yang x memanfaatkan bulan ini dengan sebaiknya. hairan manusia zaman sekarang. tidak langsung mengejar ibadah. yang mereka kejarkan ialah baju raya, kuih raya, sofa raya, macam2 raya lagi la. hmm.. semoga kita dijauhkan dari sifat berkenaan.
untuk sahur hari ni aku berbalik kepada menu aku yang selalu iaitu bijirin nesvita, kurma dan plain water. sihatkan menu sahur aku. hehe. dan macam biasa aku bangun seawal 5.15 pagi utk bersahur dan seterusnya akan sambung mendakap bantal semula selepasnya. haha. macam biasa la kan. dan hari ni aku tunggu sehingga subuh baru aku lelapkan mata sebabnya kelas hari ni start pukul 9.00 pagi. hehe. tapi aku x la bangun lewat sgt sebab aku perlu siapkan kerja yang aku x buat lagi dan aku bangun semula pukul 7.30 pagi. haha.
hari kelas x banyak hanya dua kelas sahaja jadi boleh la aku qada' tidur aku yang tergendala tu. hua3 keja aku hanya ingat pada tidur saja kan bulan2 puasa ni. kalau bulan lain dok igt nak makan plak. haish. hari ni berbuka dengan nasi ayam bakar, karipap dan teh ais. dan like usual mentekedarah makanan orang iaitu popia dan kuih cara. hehe. lepas makan terus solat dan berfb/blogging. dah x dak keja. mungkin kesedaran utk study akan muncul nanti. final exam weh utk foundation. apa mau buat ni. haha. doakan saya dapat result cemerlang okey. amin. hehe. so setakat ni utk story 15 ramadhan ni semoga bertemu utk entry esok. selamat meneruskan puasa. bye.
"tingkatkan ibadah kurangkan pembaziran"
No comments:
Post a Comment