Wednesday, August 3, 2011

DAY 3: RAMADHAN STORY

assalamualaikum..

tiga dah kita puasa kan cepatnya masa berlalu. seronok masa bulan puasa ni kan sebab ada masa yang x payah dibuang iaitu masa makan. hehe. ya la kan kalau bukan bulan puasa kita akan buang masa tengah hari kita dengan makan. lemak pun bertambah la nampaknya. so hari ketiga ni aku terlewat sikit bangun sahur tapi sempat la jugak jamah roti dan air. lagipun Rasulullah kan suruh kita sahur 50 ayat Quran sebelum subuh jadi betullah tu. surau kat sini tadi pasang al-Quran so senang la nak bajet masa. kalau x kelaparan la aku sedari pagi sampai maghrib. nasib baik kelas hari ini bilik yg air cond berfingsi dan sejuk so x la letih sgt.

kat kelas tadi aku mula2 boleh lagi tahan kelaparan aku tu tapi bebudak pompuan plak asyik bersembang pasal makan terus rasa lapar terok. hehe. hape la budak pompuan ni kan asyik sembang pasal makan je. bukan korang nak kena masak utk husband and anak2 korang lagipun kahwin pon belum. hadoiii.. memang dah jenis pompuan kan suka sembang walaupun benda tu trifle. hmmm...

then lepas habes ja kelas aku cepat2 balik bilik solat zohor dan keluar pergi cari tiket nak balik rumah hari jumaat ni. nak buka puasa ngan mak aku la. heee.. cant wait (anak manja betul aku ni) save duit aku dua hari. lepas tu cari sabun mandi dan juga kordial utk buka puasa. then sempat lagi aku usha2 handphone and tablets. kalau la ada duit banyak mcm cikepal kan best. hmm.. baru igt nak beli handphone raya.

lepas asar tadi aku keluar beli makanan utk berbuka. hari ni aku berbuka dgn nasi kuning ayam, mee jawa dan air asam kurang manis(x manis langsung sbb x letak gula) haha.. selesai berbuka aku mandi then solat maghrib. bersiap nak ke surau utk isya' dan tarawih. malam  ni aku buat tarawih mcm biasa lah kan. paham2 je la. hehe.. tetiba malam ni rasa semacam je bila dengar imam baca surah masa tarawih tadi. semoga Allah buka pintu hati kita semua sempena bulan mulia ni.


sepeti yanng kita semua tahu dlm bulan ramadhan terdapat tiga fasa
iaitu rahmat Allah, pengampunan dan pembebasan dari api neraka.
p/s: semoga kita semua dapat bertemu dengan lailatulqadar tahun ni insyaAllah.

3 comments:

Blog Eazy Izzuddin said...

biasa lah gurl2 hehe..
hope pintu hati kita d buka okay..
salam ramadhan..

Hazwan Hashim said...
This comment has been removed by the author.
Hazwan Hashim said...

ya kan.. hmm.. salam ramdhan too.. amin